Penyumbang yang Budiman
dan yang di rahmati Allah SWT

Perkara:PUNGUTAN DERMA BAGI MENGUMPUL DANA PERTUBUHAN.


YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahttera

Perkara di atas adalah di rujuk.

Saya bagi pihak AJK tadbir pertubuhan ingin memohon sumbangan orang ramai bagi mengumpul Dana pertubuhan. Di bawah ini kami nyatakan latar belakang pertubuhan ini seperti berikut:

Nama Pertubuhan : Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)
Tarikh Ditubuhkan : 10 Jun 2006
AJK Pertubuhan : 14 orang

Tujuan Pertubuhan ini di tubuhkan adalah bagi :

1. Mengumpul dana pertubuhan bagi mendirikan rumah perlindungan anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan mualaf (saudara baru)

2. Mendirikan tempat perlindungan orang tua-tua.

3. Mendirikan rumah sementara dan kekal bagi menempatkan 50 orang anak-anak yang kurang bernasib baik bergitu juga orang tua-tua yang daif dan memerlukan bantuan dan sokongan peralatan.

4. Menjana kewangan bagi pertubuhan menjalankan aktiviti semasa Pertubuhan.


Dibawah ini kami sertakan akaun sementara kami di atas Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Maybank Berhad, no akaun : 512400003033. Sumbangan boleh juga di serahkan kepada Pembawa surat ini saya sendiri di talian 019-2252727.

Di bawah ini saya nyatakan anggaran kasar perbelanjaan yang kami perlukan seperti berikut:

NO PERKARA JUMLAH
1 Sewa Rumah 2 buah rumah RM 500.00
2 Bil Elektrik & Air RM 200.00
3 Perbelanjaan utk 30 anak-anak RM 1,000.00
4 Pembinaan rumah pertubuhan RM 50,000.00
5 Barangan keperluan rumah RM 5,000.00
6 Pengurusan Pentadbiran & Peralatan Pejabat RM3,000.00
7 Keperluan lain-lain RM 4,000.00

JUMLAH: RM 63,700.00


Kami berharap dengan penjelasan ini pihak YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat membantu kami meneruskan cita-cita murni ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tersebut sehingga berjaya.

Kasih sayang dan belas kasihan YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan kami ucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami dan hanya ALLAH swt sahajalah yang dapat membalasnya di akhirat nanti.

Sekian, Wassalam


Yang berharap,

Rosli Bin Abd Ghani
Yang Di Pertua
Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)

Friday, February 13, 2009

dana kewangan dan bantuan tenaga bagi PEKEAS

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.


Tuan Puan,


Pihak Pertubuhan sedang mencari dana kewangan dan bantuan tenaga bagi mewar-warkan perkara di bawah ini perti berikut:

1. Rumah pertubuhan anak-anak yatim sekarang ini adalah disewa daripada pihak perseorangan. Sewaan bulanan adalah sebanyak RM500 sebulan. Pemilik rumah tersebut telah berhasrat untuk menjual rumah ini kepada pertubuhan PEKEAS dengan harga RM250,000. Pihak pengurusan pertubuhan sekarang ini sedang berusaha untuk mengumpulkan dana bagi pembelian rumah tersebut. Oleh itu pihak pengurusan pertubuhan menyeru kepada para dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah berhubung terus dengan pihak pengurusan pertubuhan atau melalui akaun bank pertubuhan.(Akaun Maybank PEKEAS: 5124 0000 3033)
2. Baru- baru ini melalui Tuan Hj Zainal dari Selayang ingin mewakafkan rumah sewa Mak beliau kepada pertubuhan. Untuk pengetahuan semua, kami sedang dalam perancangan utuk menukarkan nama ibu beliau kepada pertubuhan ini. Rumah ini akan di jadikan rumah anak-anak yatim dan tahfiz. Oleh yang demikian kami sedang mencari dana kewangan untuk membaik pulih rumah ini dalam anggaran kos RM 100,000.00. Saya berhadap pihak tuan dapat mewar-war dan membantu kami merialisasikan impian pertubuhan ini sehingga berjaya.

Di bawah ini saya sertakan website pertubuhan kami buat penyelidikan tuan puan seperti berikut:

http://pekeas.my/


Kerjasama dan kebaikan semua dalam urusan ini saya bagi pihak pertubuhan mengucapkan jutaan terima kasih kami. Semuga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat allah swt sepanjang masa.

Wassalam

Berita utusan tentang rumah Pertubuhan seperti berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm

Rosli Abd Ghani
0192252727