Penyumbang yang Budiman
dan yang di rahmati Allah SWT

Perkara:PUNGUTAN DERMA BAGI MENGUMPUL DANA PERTUBUHAN.


YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahttera

Perkara di atas adalah di rujuk.

Saya bagi pihak AJK tadbir pertubuhan ingin memohon sumbangan orang ramai bagi mengumpul Dana pertubuhan. Di bawah ini kami nyatakan latar belakang pertubuhan ini seperti berikut:

Nama Pertubuhan : Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)
Tarikh Ditubuhkan : 10 Jun 2006
AJK Pertubuhan : 14 orang

Tujuan Pertubuhan ini di tubuhkan adalah bagi :

1. Mengumpul dana pertubuhan bagi mendirikan rumah perlindungan anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan mualaf (saudara baru)

2. Mendirikan tempat perlindungan orang tua-tua.

3. Mendirikan rumah sementara dan kekal bagi menempatkan 50 orang anak-anak yang kurang bernasib baik bergitu juga orang tua-tua yang daif dan memerlukan bantuan dan sokongan peralatan.

4. Menjana kewangan bagi pertubuhan menjalankan aktiviti semasa Pertubuhan.


Dibawah ini kami sertakan akaun sementara kami di atas Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Maybank Berhad, no akaun : 512400003033. Sumbangan boleh juga di serahkan kepada Pembawa surat ini saya sendiri di talian 019-2252727.

Di bawah ini saya nyatakan anggaran kasar perbelanjaan yang kami perlukan seperti berikut:

NO PERKARA JUMLAH
1 Sewa Rumah 2 buah rumah RM 500.00
2 Bil Elektrik & Air RM 200.00
3 Perbelanjaan utk 30 anak-anak RM 1,000.00
4 Pembinaan rumah pertubuhan RM 50,000.00
5 Barangan keperluan rumah RM 5,000.00
6 Pengurusan Pentadbiran & Peralatan Pejabat RM3,000.00
7 Keperluan lain-lain RM 4,000.00

JUMLAH: RM 63,700.00


Kami berharap dengan penjelasan ini pihak YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat membantu kami meneruskan cita-cita murni ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tersebut sehingga berjaya.

Kasih sayang dan belas kasihan YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan kami ucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami dan hanya ALLAH swt sahajalah yang dapat membalasnya di akhirat nanti.

Sekian, Wassalam


Yang berharap,

Rosli Bin Abd Ghani
Yang Di Pertua
Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)

Sunday, November 30, 2008

Pengenalan PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS)

PENGENALAN:

Pertubuhan ini di tubuhkan atas dasar, keperihatinan sekumpulan rakan-rakan seperjuangan yang di ketuai oleh Saudara Rosli Bin Abd Ghani. Beliau telah terlantik secara pengundian dalam mesyuarat pertama pertubuhan yang di anggotai oleh 14 orang rakan-rakan dari berbagai daerah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Maklumat Peribadi Yang Di Pertua Pertubuhan adalah seperti berikut:

Di lahirkan di Johor Baru, Johor. Pernah menetap di Woodland, Singapura. Semasa kecil menetap di Kampung Pantai Halt Kuala Lumpur, bersekolah di Sekolah Rendah Brickfields School 2, Sekolah Menengah Bangsar dan Yayasan Anda Akademik. Tamat persekolahan hanya di tingkatan 6 atas. Semasa di bangku sekolah lagi beliau telahpun bergiat dengan kegiatan Mesjid dengan menjadi pembantu di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam.

Pengalaman Kerja beliau, Selaku Pengurus kepada NORZAG Cleaning Services di Pulau Pinang. Pernah Berkerja di Hotel Equatorial Penang sebagai Floor Supervisor. Kerja kebajikan yang di lakukan semasa di Pulau Pinang adalah menjadi seorang konstabel Polis Sukarelawan, di Goegetown.

Beliau kemudian berubah angin dan menetap di Kuala Lumpur. Bekerja di Texas Instrument Malaysia selama 5 tahun selaku Security Officer.

Kemudian, pada 1995 beliau telah di tawarkan bekerja di TIME dotCom Berhad sebagai Security Assistant, sehinggalah berjawat, jawatan Acting Section Head, Customer Activation Assurance, Provisioning Assurance pada 2006.
Kerja-kerja amal yang beliau pernah lakukan adalah:

1. Pengerusi, Surau An-Nur, Wisma Time selama 5 tahun
2. Chairman Workplace Campaign, Welfare Socielty TIME dotCom
3. Committee member UEM World event.
4. Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah
5. Bekas Pengerusi Rukun Tetangga AU3/1 "B"
6. Bekas Setiausaha Surau Al-Ehsan AU3/1

Pernah menerima anugerah "Seri Mulia 2006" dari Pengurusan UEM Dato' Ahmad Pardas Sanin kerana kerja-kerja kebajikan yang di lakukan oleh beliau semasa di TIME dotCom Berhad.

Sekarang beliau membuka perniagaan, Pusat Rawatan Tradisional Aura Nusantara dan juga Piza Trading. Disamping meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak di Pertubuhan yang baru beliau daftarkan.

No comments: