Penyumbang yang Budiman
dan yang di rahmati Allah SWT

Perkara:PUNGUTAN DERMA BAGI MENGUMPUL DANA PERTUBUHAN.


YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahttera

Perkara di atas adalah di rujuk.

Saya bagi pihak AJK tadbir pertubuhan ingin memohon sumbangan orang ramai bagi mengumpul Dana pertubuhan. Di bawah ini kami nyatakan latar belakang pertubuhan ini seperti berikut:

Nama Pertubuhan : Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)
Tarikh Ditubuhkan : 10 Jun 2006
AJK Pertubuhan : 14 orang

Tujuan Pertubuhan ini di tubuhkan adalah bagi :

1. Mengumpul dana pertubuhan bagi mendirikan rumah perlindungan anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan mualaf (saudara baru)

2. Mendirikan tempat perlindungan orang tua-tua.

3. Mendirikan rumah sementara dan kekal bagi menempatkan 50 orang anak-anak yang kurang bernasib baik bergitu juga orang tua-tua yang daif dan memerlukan bantuan dan sokongan peralatan.

4. Menjana kewangan bagi pertubuhan menjalankan aktiviti semasa Pertubuhan.


Dibawah ini kami sertakan akaun sementara kami di atas Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Maybank Berhad, no akaun : 512400003033. Sumbangan boleh juga di serahkan kepada Pembawa surat ini saya sendiri di talian 019-2252727.

Di bawah ini saya nyatakan anggaran kasar perbelanjaan yang kami perlukan seperti berikut:

NO PERKARA JUMLAH
1 Sewa Rumah 2 buah rumah RM 500.00
2 Bil Elektrik & Air RM 200.00
3 Perbelanjaan utk 30 anak-anak RM 1,000.00
4 Pembinaan rumah pertubuhan RM 50,000.00
5 Barangan keperluan rumah RM 5,000.00
6 Pengurusan Pentadbiran & Peralatan Pejabat RM3,000.00
7 Keperluan lain-lain RM 4,000.00

JUMLAH: RM 63,700.00


Kami berharap dengan penjelasan ini pihak YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat membantu kami meneruskan cita-cita murni ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tersebut sehingga berjaya.

Kasih sayang dan belas kasihan YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan kami ucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami dan hanya ALLAH swt sahajalah yang dapat membalasnya di akhirat nanti.

Sekian, Wassalam


Yang berharap,

Rosli Bin Abd Ghani
Yang Di Pertua
Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)

Sunday, November 30, 2008

Moto PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS)

MOTO PEKEAS:
"BERILMU, BERDIKARI DAN BERTAQWA"

TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah No 37 Jalan Hijau 11/11, Blok 16, Bandar Tasik Puteri 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat No 37 Jalan Hijau 11/11, Blok 16, Bandar Tasik Puteri 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

TUJUAN / MATLAMAT
1. Untuk membina rumah perlindungan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan bagi memberi perlindungan kepada golongan-golongan berikut:

a) orang tua-tua yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan tempat tinggal dan tidak mempunyai saudara mara, waris atau penjaga untuk menjaga mereka.
b) kanak-kanak yang memerlukan perlindungan tertakluk di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994).

2. Mengadakan aset Pertubuhan berupa tanah dan rumah penjagaan lengkap dengan peralatan bantuan sokongan penjagaan dan keperluan harian orang-orang tua dan anak-anak rumah perlindungan ini termasuk padang permainan untuk riadah, surau, kelas pengajian dan pejabat pentadbiran.

3. Membantu dari segi kewangan dan keperluan harian seperti yuran persekolahan dan wang saku kepada orang tua-tua, anak-anak yatim, terbiar dan muallaf di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

3.1 Kategori anak-anak dan orang tua-tua yang menerima bantuan kewangan dan barangan dari dalam dan luar pusat penjagaan ini adalah seperti berikut tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan:

a) Anak-anak Yatim (anak-anak di bawah 18 tahun yang kematia ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali).
b) Anak-anak terbiar iaitu anak-anak yang tidak mendapat penjagaan sempurna dari ibu-bapa atau penjaganya disebabkan oleh faktor perceraian, kemiskinan, kesihatan, kecacatan fizikal atau mental atau sebab-sebab lain yang di rasakan munasabah oleh Jawatankuasa.
c) Anak-anak Saudara Baru (Mualaf) iaitu anak-anak dari saudara baru atau mualaf yang tidak mendapat penjagaan atau pendidikan agama yang sempurna dari ibu-bapa atau penjaga mereka kerana tidak mempunyai asas dan ilmu pengetahuan yang mencukupi ataupun disebabkan oleh kurang kemampuan ibu-bapa atau penjaganya untuk menghantar anak-anak ini ke institusi pendidikan yang sewajarnya.
d) Orang tua-tua yang tidak berkemampuan dan di tinggalkan bersendirian oleh ahli keluarga, atau tiada penjagaan sempurna dari warisnya.

4. Menjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti mengadakan kutipan derma dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan atau "fund raising", seperti penganjuran majlis makan malam, malam persembahan serta aktiviti sosial lainnya yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan dan pentadbiran rumah perlindungan / jagaan ini.

5. Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Pertubuhan selaras dengan tujuannya

No comments: