Penyumbang yang Budiman
dan yang di rahmati Allah SWT

Perkara:PUNGUTAN DERMA BAGI MENGUMPUL DANA PERTUBUHAN.


YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahttera

Perkara di atas adalah di rujuk.

Saya bagi pihak AJK tadbir pertubuhan ingin memohon sumbangan orang ramai bagi mengumpul Dana pertubuhan. Di bawah ini kami nyatakan latar belakang pertubuhan ini seperti berikut:

Nama Pertubuhan : Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)
Tarikh Ditubuhkan : 10 Jun 2006
AJK Pertubuhan : 14 orang

Tujuan Pertubuhan ini di tubuhkan adalah bagi :

1. Mengumpul dana pertubuhan bagi mendirikan rumah perlindungan anak-anak yatim, anak-anak terbiar dan mualaf (saudara baru)

2. Mendirikan tempat perlindungan orang tua-tua.

3. Mendirikan rumah sementara dan kekal bagi menempatkan 50 orang anak-anak yang kurang bernasib baik bergitu juga orang tua-tua yang daif dan memerlukan bantuan dan sokongan peralatan.

4. Menjana kewangan bagi pertubuhan menjalankan aktiviti semasa Pertubuhan.


Dibawah ini kami sertakan akaun sementara kami di atas Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Maybank Berhad, no akaun : 512400003033. Sumbangan boleh juga di serahkan kepada Pembawa surat ini saya sendiri di talian 019-2252727.

Di bawah ini saya nyatakan anggaran kasar perbelanjaan yang kami perlukan seperti berikut:

NO PERKARA JUMLAH
1 Sewa Rumah 2 buah rumah RM 500.00
2 Bil Elektrik & Air RM 200.00
3 Perbelanjaan utk 30 anak-anak RM 1,000.00
4 Pembinaan rumah pertubuhan RM 50,000.00
5 Barangan keperluan rumah RM 5,000.00
6 Pengurusan Pentadbiran & Peralatan Pejabat RM3,000.00
7 Keperluan lain-lain RM 4,000.00

JUMLAH: RM 63,700.00


Kami berharap dengan penjelasan ini pihak YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dapat membantu kami meneruskan cita-cita murni ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tersebut sehingga berjaya.

Kasih sayang dan belas kasihan YB / Dato’ Sri / Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan kami ucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kami dan hanya ALLAH swt sahajalah yang dapat membalasnya di akhirat nanti.

Sekian, Wassalam


Yang berharap,

Rosli Bin Abd Ghani
Yang Di Pertua
Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)

Sunday, November 30, 2008

PERANCANGAN MASA DEPAN PERTUBUHAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS)

PERANCANGAN MASA DEPAN PERTUBUHAN:

1. Mendapat kelulusan dari Pihak Majlis Tempatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan sekali gus mendapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Oleh yang demikian kami sedang mencari penderma bagi menyediakan tangga keselamatan kedua bangunan tingkat atas dan signage keluar bertenaga batteri yang di anggarkan berjumlah RM 4,000.00

2. Mendirikan Bangunan Kelas Agama, Surau, Bilik Mesyuarat dan Pejabat di luar bangunan Kediaman. Anggaran Kos berjumlah RM 35,000.00

3. Mencari Kenderaan berupa Van Pertubuhan bagi kegunaan Penghantaran sekolah kanak-kanak pertubuhan dan keperluan pengangkutan yang lain. Anggaran kos RM 30,000.00

4. Menambah tempat pelindungan pengasingan di antara kanak-kanak perempuan dengan kanak-kanak lelaki. Kos di anggarakan sebanyak RM 7,000.00 sebulan.

5. Mendirikan Rumah kekal Pertubuhan di tapak seluas 5 ekar untuk menampung 60 orang anak-anak Yatim, Terbiar, Muallaf dan Miskin (daif) dan orang Tua-Tua Pertubuhan. Anggaran kos membena bangunan berjumlah RM 2 juta dan kos bulanan sebanyak RM 25,000.00 di perlukan

Harapan dan doa kami semuga Allah SAW melimpahkan setinggi-tingga keberkatan dan keredhaanya buat Pertubuhan ini pihak Pertubuhan memohon semua rakyat Malaysia agar membantu kami merealisasikan impian murni ini hingga berJAYA. AMIN

No comments: